
Sulit
4 tahun
Period selama 2 hari
hai doktor, saya pada 26/7 first period , dan berakhir pada 29/7 sahaja, selalu 5-6 hari saya habis period. Saya ingin bertanya, bolehkah kehamilan berlaku walaupun period?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, jika ujian kehamilan sudah positif dan terdapat pendarahan selepas itu, ianya boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi
- Pendarahan polip/fibroid
- Keguguran
- Masalah pembekuan darah
- Kehamilan luar rahim
Ibu yang hamil sepatutnya tidak akan datang haid kecuali terdapat pendarahan ketika kehamilan. Oleh itu, anda hendaklah untuk membuat pemeriksaan kehamilan bagi memastikan bahawa ia darah haid ataupun pendarahan ketika kehamilan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.