
Sulit
3 tahun
Period selepas 10 hari
Saya wanita berumur 23 tahun dah telah berkahwin . Saya mengalami masalah dimana saya period selepas 10 hari tamat period dan telah berlarutan selama 5 bulan . Purata period saya 5 hari . Dan darah berhenri dalam masa 10 hari dan datang lagi 5 hari …begitu laj sepanjang 5 bulan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan