
nurliyanaghazali94
5 tahun
Period Selepas depo
Saya wanita dalam 20’an yg mengambil suntikan depo kali terakhir pada September 2019. Temu janji depo seterusnya 18 november 2019 tapi saya tidak ambil. Pada 25 nov 2019 period datang normal 6hari tetapi pada 14 dec Dan 3januari period hanya 1hari Dan hanya keluar tompokan merah saja. Adakah normal kitaran haid begitu selepas berhenti depo. Semasa scan 12week pregnant, Doc suspek ada fibroid …tapi after few week scan takde. Adakah kitaran haid saya ada kena mengena dengan fibroid? Mohon penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid tidak berkaitan dengan perkembangan fibroid anda.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.