
Sulit
4 tahun
Period selepas keguguran keluar ketulan seperti keguguran
Saya berusia 28 tahun dan baru mengalami keguguraan 2 bulan lepas setelah hampir 2 tahun saya ttc…period juga telah datang 2 kali,cuma period kali ke 2 ini keluar ketulan macam perut ikan,sama macam saya gugur haritu…adakah ini normal selepas gugur? saya takut saya pregnant dan gugur semula…terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemunungkinan gumpalan yang keluar adalah gumpalan darah. Untuk makluman anda, darah haid boleh keluar dalam bentuk ketulan darah dan gejala senggugut ketika haid adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakan wanita.
Namun begitu, sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap gejala yang anda hadapi atau terhadap kitaran haid anda, sila rujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!