Sulit
4 tahun
Period setahun 3 4 Kali Dan tidak pernah senggugut
Saya wanita 17tahun.saya period pada umur 12 tahun Bulan 8 .setiap tahun period tidak pernah teratur.setahun boleh 3 atau 4 Kali .dengan jarak Yang tak menentu .saya tidak pernah Rasa senggugut .saya pernah berjumpa doktor pada umur saya 14 .doktor ITU kata saya normal .normal Dalam tempoh 5 atau 6 tahun .Dan seterusnya period saya Akan teratur .Mohon penjelasan tentang ini. Saya risau dengan keadaan saya Yang sekarang
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang sedang dialami ketika ini. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius , seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.



























