mid90sstore
6 tahun
Period setelah 1 tahun suntikan depo
Assalam/salam sejahtera. Sy umur 29 tahun, sy ambil suntikan depo sejak lahirkan anak bulan 1, 2018. Selama terima suntikkan, sy tidak period selama 1 tahun 3 bln, tiba tiba sekarang sy datang period yg banyak sudah 4 hari. Adakah ianya normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor
Suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!


































