
Anonymous
6 tahun
Period setelah melakukan hubungan sex
saya wanita yg berusia 20an. saya nak tanya doktor…tiap kali sy melakukan hubungan sex dengan teman lelaki saya… saya sedar yg saya akan selalu dtg bulan setelah 2 3 hari selepas melakukan hubungan tersebut.tetapi kami hanya melakukan hubungan sex secara ringan2 bukan seperti pasangan yg sudah berkahwin kerana saya masih mempunyai dara…saya bimbang…adakah period setelah melakukan hubungan sex “ringan2” adalah perkara normal… sy akan period dan kadang2 mengalami senggugut yg sangat teruk…dan boleh sy tahu kenapa saya kerap period setelah melakukan hubungan tersebut.minta penjelasan dr doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.