
Sulit
4 tahun
Period sy lama dan tidak normal
sy berusia 33tahun.msamsalah sy adalh priod tk stabil…pd 9/2020 sy period (16/9-4/10)19hari,buln 11(8-28/11)21hari,buln 12(12-28/12)17hari.skrg sy dpati ada turun darah pd 7/1/2021…adakh itu drah haid @ darh penyakit.tlg sy dktor.adkh perlu refer Dok Pakar @ tk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka anda boleh mula untuk bersenam. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.