
Sulit
4 tahun
Period sy tidak datang secara ttbe2
sy ida , berumur 20 tahun masalah period sy dulu memang tidak teratur sy start period umur 12 tahun waktu first time period memang sikit dan tidak teratur sehingga sy menganjak umur ke 14 tahun period sy on time sahaja . cuma kadang2 tukar tarikh cth nya 25/1 period selama 7hari dan 25/2 7hari juga tapi masuk bulan 3 jadi 1/3 . skrg masalah period sy ttbe berubah bulan 12 2019 sy mula tidak dtg period smpai skrg secara ttbe2 . sy takut untuk ber jumpa doctor sbb kawan2 sy kata brkemungkinan kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami dan kerisauan anda terhadap masalah haid anda yang belum datang lagi pada bulan ini. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah antara 21 ke 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah antara 2 ke 7 hari.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid yang tidak datang atau tidak teratur seperti:
- Gangguan emosi
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual dan aktiviti harian yang terlalu sibuk dan padat
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Ubat-ubatan seperti pil perancang
- Masalah perubatan seperti hiper atau hipotiroid
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda pada setiap hari dan bulan supaya anda boleh melihat bentuk kitaran tersebut dan boleh menjadi rujukan doktor semasa janji temu.
Jika anda masih ragu-ragu dan mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan dan konsultasi daripada doktor kami. Terima kasih.