Sulit

4 tahun

Period tak berhenti leps ambil injection cegah kehamilan

Hai saya zizah , saya nak tanya , saya da ambil suntikan cegah kehamilan dua kali inject untk 3bulan sekali , masa kali pertama 2bulan saya period xberhenti , lpastu 2 3 hari berenti datang balik sampi bulan ketiga , bila ambil suntikan kedua saya period lagi dalam seminggu lebih lepastu sama juga berenti dalam 2 3hari dia cuma keluar time saya buang air kecil atau basuh macam keputihan tpi warna merah , lepstu saya datang haid lagi , kenapa macamni ya? Adakah normal atau saya patut stop?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak berhenti atau berpanjangan. Untuk makluman anda, pendarahan berlebihan atau kedatangan haid yang lewat merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancangan Depo Provera bagi pengguna kali pertama. Selalunya, pendarahan tersebut akan berhenti sendiri selepas beberapa bulan dalam penggunaan suntikan tersebut, dalam tempoh 6-12 bulan. Namun, gejala haid berpanjangan yang berlaku lebih dari 2 minggu berterusan boleh menandakan sebab-sebab atau penyakit yang lain. Sila berjumpa dengan doktor anda sekali lagi.

Menurut dari situasi anda, pendarahan yang tidak terkawal yang anda alami mungkin boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan lain seperti:

  • Pembukaan parut atau luka pembedahan Caesarian section yang boleh dipengaruhi oleh suntikan depo.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
  • Masalah penyakit darah dalaman yang diperolehi secara turun temurun
  • Masalah tiroid
  • Masalah fungsi ovari.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Kemungkinan haid bepanjangan yang anda alami adalah hanyalah pendarahan spotting , dan ini lebih menyokong fakta mengenai kesan sampingan suntikan Depo tersebut sebagai punca utama. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai penggunaan suntikan perancangan ini, ataupun menukarkan ke kaedah kontraseptif yang lain seperti pil perancang harian atau kondom. Kondom adalah selamat digunakan sebagai perancangan keluarga, malah ia juga selamat untuk menghindari penyakit STD ( Sexual transmitted disease ).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

menstruasi

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)