
azlinasyalin
5 tahun
Period tak datang 2 bulan
saya wanita ,dah dua bulan saya tak datang period…Dah makan sonulot pun tak keluar period jugak…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami perubahan kitaran haid atas sebab-sebab tertentu. Untuk makluman anda, biasanya kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari dan kitaran anda walaupaun lebih cepat, masih dalam kitaran haid yang normal. Terdapat beberapa punca perubahan kitaran haidantaranya:
- Stress
- Keletihan
- Jadual aktiviti harian yang berubah
- Perubahan berat badan mendadak
- Pengambilan pil perancang atau ubat-ubatan tertentu
- Kehamilan
Sila rujuk kepada doktor sekiranya kitaran haid anda yang seterusnya semakin tidak teratur atau masalah lain seperti pendarahan haid yang berpanjangan atau berlebihan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.