
alice_delaila
2 tahun
Period tak datang ¾ bulan
Hi Dr, saya umur 32thn,telah mempunyai anak. Dan saya tidak datang period around 3/4 months macam tu, saya tak pregnant & saya tidak melakukan intercouse sudah dalam jangka masa 3thn. Dahulu period saya memang tak regular but every month still okay but different cycle. Tapi this time sudah 3/4 month saya tak datang langsung period. Apa perlu saya buat? Terima kasih Dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Stres atau tekanan emosi
- Gaya hidup yang aktif
- Kurang berat badan atau berat badan berlebihan
- Perubahan diet yang drastik
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Penggunaan kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga atau suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional
Klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.