
Sulit
5 tahun
Period tak datang lebih 30 hari
Saya, berumur 31 tahun. Berat 88kg & tinggi 163cm. Last period saya pada march, & darah tak banyak. hari ke 4 dah tiada darah. Sekarang ni, saya baru start makan Evening Primrose Oil (hari ke 5 pada tarikh 01/05/2020). Adakah berat badan berlebihan punca haid tidak normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Salah satu punca masalah kitaran haid tidak menentu adalah berat badan berlebihan. Akan tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Konsultasi di platform ini adalah terhad. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.