Sulit
2 tahun
Period tak datang walaupun xperah skip pil perancang
24/3/2021 sy bslin n menyusukan bayi smpi genp 6 buln.sy MKN pil noriday.slps hbis pil terakhir sy Ty misi perlu tggu haid atau x UTK smbung pil marvelon.dia ckp xperlu.trus smbung MKN.so skrg HR ke 6 slps hbis pil marvelon haid sy belum dtg.sy msh menyusukan bayi spnuhnya .sy runsing adakah Sebb sy stress.sbb ank2 sy msh kcil…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai kitaran haid anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid akan mengambil masa untuk kembali kepada normal. Kebanyakkan wanita akan mengalami haid 6-8 minggu selepas melahirkan anak. Jika anda masih tidak mengalami haid, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut. Anda boleh menghubungi doktor pakar sakit puan kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.