
Anonymous
4 tahun
Period tak heavy dah OPK positif selepas haid
Hai sya nak tanya. Saya selalu period tak teratur. Tetapi mggu lepas period saya lambat dalam 3/4 hari… Bila period tak macam selalu sebab tak heavy sngt, dalam 4 hari darah keluar tapi bukan macam period biasa. Sehari selepas habis period, cek Opk, dan Opk positif sampai la skg 3 hari berturut2… adakah saya terus subur selepas period?sbb bulan lepas waktu subur saya pada cd23, tpi bulan nie cd6… macam cepat sangat… Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan Puan, secara am-nya waktu subur wanita yang mempunyai haid yang teratur dijangka pada hari yang ke 16 dan 17. Purata hari yang tepat hari ke 14 dari tarikh hari 1 pertama anda dapat haid.
Ujian opk ialah ujian untuk melihat ovulasi pada hari apa. Dan hari tersebut merupakan hari yang dikira subur. Bacaan setiap bulan mungkin akan berbeza, disebab kan perubahan hormon. Untuk mengetahui masalah anda dengan lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.