
Sulit
4 tahun
Period tak lancar, yg keluar cuma lendir coklat walaupun sudah hari ke4. Selalu tak macam ini
Saya ada ambil pil perancang, saya bercadang untuk ambil jamu gentel harumnita untuk dalaman, boleh ke?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
- Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan sedikit dalam kalangan wanita muda ialah
- Gangguan hormon di dalam badan- Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.
Namun demikian, untuk mengetahui dan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai masalah cik, maklumat tambahan adalah diperlukan. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa mengetahui punca haid anda tidak teratur. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Terima kasih.