
Sulit
5 tahun
Period tak menentu dalam tempoh yang panjang
Hye doktor. Saya berumur 25 tahun. Saya mula period masa darjah 6.then after sy brumur 21 thun period saya jadi x normal. Dalam setahun saya period dalam 2 atau 3 kali sahaja. Boleh saya dapatkan nasihat doktor? Dan apakah peluang untuk saya hamil nipis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Selain itu, untuk mengetahui peluang untuk anda hamil, ia bergantung dengan punca kitaran haid anda tidak teratur.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Makan, nasihat saya, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juaga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.