
Sulit
4 tahun
Period tak stabil dan makan ubat regulon tapi masih tak datand period
Saya berusia 23 tahun. belum berkahwin. Memang period tak stabil sejak dulu lg. Saya scan rahim masa saya lewat datang period sebulan lebih haritu dan Dr dapati saya ada pcos di sblh kanan. Oleh itu Dr suruh saya jaga makan, exercise dan lain-lain. Dr bagi ubat Regulon 21 hari tetapi saya masih tidak period setelah habis makan ubat tu. Kini period saya tidak datang selama 2 bulan lebih. Adakan itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Berdasarkan kenyataan anda di atas, pil yang anda ambil merupakan salah satu jenis pil perancang keluarga yang berfungsi untuk mengawal hormon wanita. Pil perancang keluarga secara amnya jarang menyebabkan kesan sampingan tetapi sesetengah pesakit boleh mengalami gejala seperti perdarahan haid tidak tentu, tekanan emosi, payu dara sakit, senggugut, penambahan berat badan, masalah tidur dan sebagainya.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!