
Sulit
5 tahun
Period tak teratur dan keputihan banyak
Saya wanita dalam 20an. Saya ada masalah period tak teratur dari first saya datang period. Kadang kadang sampai dua bulan. Saya nak tanya saya dah hampir dua bulan lebih tak datang period dan perut saya keras kat bahagian bawah pusat . Keputihan banyak tapi tak busuk. Cara untuk hilangkan keputihan dan period lebih teratur.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan ini boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Manakala cara penjagaan kemaluan yang terbaik adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Bagi haid yang tidak teratur, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti penjagaan berat badan (tidak terlalu rendah dan berat), kurangkan stres, tidak melakukan aktiviti terlalu aktif atau berat. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.