
Sulit
4 tahun
Period tak teratur dan lebih dari 15 hari
Hy doktor . sy umur 25 . tak kahwin lagi . sy period 22/8 sepatutnya 28/8 cukup seminggu tapi sampai ke harini sy masih period . Penuh pad lagi .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai haid yang berpanjangan sehingga hampir 2 minggu. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Kurang zat besi dan vitamin K dalam badan.
- Masalah pendarahan (mudah lebam)
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Endometriosis : Penyakit tisu rahim yang melekat pada organ luar.
- Penggunaan pil perancang
- Kanser serviks atau rahim
- Adenomyosis
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
- Penyakit sista ovari (Polycystic ovarian syndrome)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan kerana perkara ini boleh menjadi sesuatu yang serius dan membimbangkan. Namun, kami juga nasihatkan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Keletihan
- Sakit pada kawasan rahim seperti senggugut
- Kegatalan pada kawasan faraj
- Keletihan dan tidak bermaya
- Demam, menggigil ataupun berpeluh malam
- Pengeluaran keputihan lendir berwarna coklat, kuning atau hijau.
- Sekiranya pendarahan tersebut semakin berlarutan.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.