
Sulit
3 tahun
Period tak teratur i think . idk
im 17y’o. i rasa i ada masalh period tak teratur semenjak bulan puasa tahun ni 2021 masa awal bulan sampai hujung bulan mybe dlm 20 or 22 hari bulan . then benda ni still jadi sekarang . setiap kali period bila pkai pad , dia akan jadi gatal gatal dkt kawasan private part tu . idk i tak sesuai pkai jenama pad tu ke atau tidak . dan pernah membuat seks maybe akan jadi depressions hm . apa yang patut saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami haid tidak teratur selama beberapa bulan dan merasa gatal apabila mendapat haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur berlaku apabila terdapat kecelaruan hormon dalam bada. Ini boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Stres
- Berat badan tinggi
- Pengurangkan atau kenaikan berat badan secara mendadak
- Aktiviti fizikal yang berat
- Pengambilan ubat perancang atau pil hormon lain
- PCOS
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai masalah haid tidak teratur anda supaya siasatan lanjut dan rawatan dapat diberikan. Anda juga memaklumkan bahawa anda merasa gatal pada tempat sulit ketika datang haid. Ini boleh berlaku kerana alahan terhadap pad, atau jangkitan pada sistem reproduktif. Sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan untuk bantuan yang lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar doktor sakit puan.