
Sulit
3 tahun
Period tak teratur secara tiba tiba
Saya wanita 22 tahun, sebelum ni period teratur dan tak pernah missed. But last month saya tak period at all and this month im on my period but the blood flow only for 1 day and the next day almost like my usual fifth day, very little to almost no blood at all. And saya tak pasti sama ada saya paranoid or what, but now around my v area if i tertekan rasa sakit macam tertekan on lebam area, and theres one like lump in the urat or something idk but it hurt. may i know what is the possibility of why this is happening?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan rasa sakit pada bahagian vagina, ia memerlukan pemeriksaan daripada doktor. Justeru, anda amat disarankan untuk merujuk kepada hospital atau boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.