
Sulit
4 tahun
Period takberhenti akibat cucuk perancang
start saya mengambil cucuk perancang 3bulan. period saya sudah hampir 3bulan takberhenti. adakah nanti bila saya berhenti mengambil cucuk perancang period saya akan berhenti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak berhenti hampir 3 bulan. Untuk makluman anda, antara kesan sampingan pengambilan suntikan perancang adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua.
Selepas suntikan kali ketiga atau keempat, anda seharusnya tidak akan mengalami masalah seperti yang dihadapi sekarang. Sekiranya masalah masih berlaku, anda perlu segera bertemu dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Bagaimanapun, haid yang berpanjangan juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak serta beberapa kondisi kesihatan yang lain. Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!