
Sulit
4 tahun
Period tapi loya Dan muntah
Saya wanita berumur 34 tahun dan baru mendirikan rumah tangga Bulan 9.2020 haritu.saya mengalami masalah period Yang bagi saya tidak betul, period sy akan kluar sikit dan lama, tp baru-baru ni sy mengalami masalah loya Dan muntah setiap ptg,Dan masuk harini dh 3 Hari berlaku perkara Sama,sy akan muntah Dan loya, tolong sy😣

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami masalah haid tidak teratur:
- Jadual dan aktiviti harian yang padat dan sibuk
- Ketidakseimbangan hormon
- Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Ubat-ubatan
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk masalah loya dan muntah pula mungkin disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- GERD
- Hiperglisemia atau hipoglisemia (keadaan di mana gula di dalam badan berlebihan atau kurang)
Ini hanyalah pandangan dan jawapan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.