
pattyvannesey1409
4 tahun
Period tapi sikit saja berdarag
Saya wanita 19 saya period tapi sikit saja darah sengugut tidak juga sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya haid anda masih teratur dan datang mengikut jadual, ianya tidak perlu dibimbangkan walaupun dengan jumlah pendarahan yang sedikit. Hal ini kerana usia anda masih muda dan jumlah pendarahan haid sememangnya tidak akan menentu di usia muda seseorang wanita. Sekiranya kitaran haid anda terganggu untuk tempoh jangka masa yang panjang, maka anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.