
Anonymous
5 tahun
Period tapi upt positif
Saya berumur 27 tahun. Sudah berkahwin selama 4 bulan. Kitaran period saya sebelum ini normal. Seminggu yg lalu adalah tarikh untuk period saya. period saya keluar tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. biasanya darah akan keluar bila saya membuang air kecil sahaja. Hari ini sudah masuk hari ke-5, darah masih keluar dalam kuantiti yang sedikit. no abdominal cramp. hari ni saya buat upt, naik double line. adakah hal ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan pada awal kehamilan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu implantasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- keguguran terancam
- kehamilan molar
- pendarahan selepas hubungan seks
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.