
hanaemah30
5 tahun
Period tdak teratur sjak gna suntikan perancang
As salm doktor,say da ank sorg umur 1thun 5 bln, bru ni say hmil luar rahim n buat operation n pastu doktor nshtkn say untk ambil suntikn perancang 3 bln skli, stlah say gna 1 bln 40 hri period say dtg dr 1/6 smpai skrg xhnti, say xrse skit cma say nk tny ksan Dr suntikan perancang ke

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi suntikan perancang depot kebiasaaannya untuk merancang keluarga dan menjarakkan kehamilan. Antara kesan lain ialah
- ketidakstabilan hormon yang boleh mengubah kitaran haid normal
- sakit payudara
- berasa panas pada tubuh
- sakit berpanjangan pada tempat suntikan
- perubahan selera makan
- perubahan berat badan
- keletihan
Namun, tidak semua wanita akan mengalami kesan sampingan ini.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai perancangan keluarga terutamanya melalui suntikan, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.