
Sulit
4 tahun
Period teratur tetapi masih tidak hamil
Hi dr, saya merancang untuk hamil hampir 10 bulan, period teratur dan jumpa hari subur tetapi masih belum berhasil hamil. Boleh saya tahu sebabnya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda komited untuk menimang cahayamata.
Masalah sukar hamil walaupun kitaran haid anda teratur boleh disebabkan oleh:
- Anda belum mencuba dengan cukup - kekerapan hubungan intim tidak cukup atau tempoh mencuba belum lama
- Tidak berovulasi- disebabkan oleh PCOS, berat badan tidak mencukupi, primary ovarian insufficiency (ovari tidak cukup), masalh tiroid, hyperprolactinemia (penghasilan hormon prolaktin terlalu banyak) dan bersenam berlebihan.
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Umur
- Tiub falopia tesekat
- Endometriosis (masalah dinding rahim)
- Masalah penyakit lain
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.