
Sulit
5 tahun
Period terlalu awal selepas ambil pill perancang / morning pill
Saya period terlalu awal selepas ambil after pill adakah ini biasa ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid datang awal atau pendarahan sebelum haid boleh disebabkan:
- Kesan ubat/pil hormon seperti “morning after pill”
- Pendarahan polip/fibroid
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin yang merupakan ubat tahan sakit dan cair darah
- Pendarahan dari ektropion/luka serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.