
Sulit
4 tahun
Period terlalu lama dan terhenti
Hi doc, saya berusia 26 tahun, belum berkahwin dan berbadan gempal / berisi. Saya telah mengalami period sejak penghujung ramadan lalu, tapi masih belum berakhir sampai keharini. Tapi period bukan dalam tempoh berpanjangan. Cuma bila dalam keadaan saya banyak bergerak, darah akan keluar. Mengikut perkiraan saya, tempoh period sudah lebih dari sebulan. Walaupun bukan berpanjangan, tapi ia tidak betul2 terhenti. Dan saya juga tak mengalami simptom pms seperti senggugut seperti selalunya. Ini pertama kali hal ini terjadi, saya bimbang jika ianya merbahaya. Adakah saya patut merujuk kepada doc atau klinik, atau ini adalah normal disebabkan faktor berat badan dan obesity?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, masalah berat badan berlebihan boleh menyumbang kepada masalah haid yang tidak teratur. Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini ke fasilit kesihatan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.