
Sulit
4 tahun
Period tidak berhenti sejak 18.12.2020 dan sejak 2 hari lepas, darah beku dan berketul besar sangat banyak dan deras
Selamat petang Dr. Saya merupakan seorang wanita berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah haid tidak teratur. Bermula bulan Jun 2020, saya tidak datang period sehingga tarikh 18.12.2020 (6 bulan tidak period).
Bermula 18.12.2020 pula saya datang period tapi tidak berhenti sehingga ke hari ini (sudah hampir 3 bulan period tidak berhenti). Saya telah berjumpa doktor pada 27.01.2021 dan Dr tersebut memberikan saya 3 jenis ubat kerana beliau mengatakan saya mengalami hormon yang tidak stabil dan ada sedikit bengkak kecil pada rahim kerana mungkin aktiviti lasak kata beliau. Namun begitu, selepas ubat yang diberikan telah habis, sejak 2 hari lepas darah haid saya berketul-ketul dan darah beku keluar dengan gumpalan yang sangat besar dan banyak. Adakah ini dikira normal kerana saya sudah lama tidak datang period atau saya menghadapi masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat petang dan salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai ketulan darah dan berlebihan yang dialami, ia mungkin disebabkan oleh baki haid yang tertinggal di dalam rahim ketika kitaran haid yang lepas. Tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi lain seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit pendarahan
- Endometriosis
- Ketumbuhan rahim
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dan memberikan aduan ini untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!