
Sulit
5 tahun
Period tidak berhenti selama 8 bulan
Hi umur saya 30.saya mengalami period yang tidak mahu berhenti.sudah 8 bulan saya tidak berhenti period menyebab kan kemaluan saya menjadi gatal2 dan merah.celahan peha menjadi merah apabila kerap memakai pad…di permukaan kemaluan juga terdapat ketulan yang tumbuh dan lama kelamaan akan hilang tetapi kerap berlaku.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid yang berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kesan penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - faktor risiko seperti sejarah kekluargaan, ujian pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.