
Anonymous
5 tahun
Period tidak datang hampir setahun
Saya 28 , baby sorg 1 tahun 4 bulan. Saya mmg dari dulu period tidak teratur tapi lepas bsalin tahun lepas , saya hanya dtg sekali sebulan selepas berpantang. Saya ambil cucuk depo tuk kawal kehamilan. Baby saya masih susu badan sepenuhnya lagi. Adakah susu badan puncanya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kebanyakkan masalah yang timbul dari suntikan ini adalah mengenai haid. Kadangkala sedikit dan pendek kadangkala banyak dan kesan sampingan ini boleh berpanjangan beberapa minggu.Jika suntikan ini telah diambil dalam jangka masa yang lama, kemungkinan haid puan boleh terhenti.
Jika anda masih mempunyai keraguan tentang persoalan ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.