
Sulit
3 tahun
Period tidak datang lebih 3 bulan
saya wanita berumur 23 tahun, tidak berkawin, saya mempunyai masalah tidak dtg bulan, adakah faktor hormon tidak stabil puncanya atau saya ade masalah lain. selain itu saya ade mual yang mengeluarkan angin, tapi tidak muntah. jika makan terlalu banyak atau melebihi had, akan ade rasa untuk muntah. berat badan saya menurun. saya mengambil ORS untuk mengurangkan gejala. saya mengambil metoclopramide juga. tapi hanya sekali intake. saya beranggapan risiko kanser atau penyakit kronik yang lain kepada saya. sejarah keluarga ialah ibu saya pernah mengalami fibroid

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah haid yang tidak menentu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak menentu boleh disebabkan oleh beberapa perkara, dan biasanya berkaitan dengan masalah kestabilan hormon. Antara perkara yang boleh mengganggu kestabilan hormon berkaitan haid anda adalah:
- Tekanan emosi
- Masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Aktiviti harian yang berubah mendadak atau terlalu sibuk
- Terlalu aktif bersukan
- Kesan sampingan pil perancang
- Masalah hormon tiroid
- Masalah kalenjar pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
Namun begitu, anda ada sejarah keluarga berkaitan fibroid dan masalah berat badan yang bersusut, anda seharusnya merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi sebelum ianya menjadi serius.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.