
Anonymous
2 tahun
Period tidak datang lebih dari 2 tahun
slm doc…sy wnita dlm umur 20an…sy ade sorg kwn prmpuan…dye telah cucuk hormon lelaki & tidak dtg haid mlebihi 3 tahun…seiring dgn itu sy dapati dye mudah mengamuk mudah marah tanpa tnpu hala…ade juga sy btnye pd org rmai bkmungkinan dr darah kotor yg tidak keluar yg mjadikan dye sprti gngguan emosi srta hormon…ade ke ubat utk matikan hormon lelaki & kembalikan smula drah haid mcm biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bersasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan diperlukan mengenai sebab dan jenis hormon yang rakan anda ambil seperti mengapa beliau mengambil hormon tersebut (atas faktor perubatan atau sengaja) dan banyak lagi. Pengambilan hormon seperti testosteron sememangnya memberi kesan seperti ketiadaan haid, pertumbuhan rambut dimuka dan kemarahan. Hal ini tiada kaitan dengan “darah kotor yang tidak keluar” kerana jika rakan anda mengambil hormon testosteron, maka secara langsung beliau tidak akan datang haid.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, rakan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Kawan anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi kawan anda akan kami jaga. Terima kasih.