
Sulit
4 tahun
Period tidak datang selama setahun lebih
Saya berumur 23 tahun dan sejak dari remaja , period saya sangat tidak teratur. Saya tak kahwin lagi, dan memang tidak merancang pun lagi. Period saya dah setahun tak datang, dan saya pernah pergi klinik minta consultation, Dr sarankan stabilkan hormon, so telan pil hormon yang selama sebulan tu. Dr scan perut dan tiada apa2 ketumbuhan, cuma mmg ada ketulan2 yang terkumpul n tak dapat keluar. Saya sempat consume 4kali, then kalau consume je period saya akan dtg. Dah lama stop, and sejak stop, period saya tak dtg dah. Dah setahun lebih tak datang period. Mcm mana ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan jika anda ada melakukan hubungan seksual. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.