
Sulit
4 tahun
Period tidak keluar selepas keguguran
Salam, hi dr. saya ingin bertanya. saya keguguran pd 12/7/19 dan tidak melakukan d&c krn keluar secara sendiri. hingga skrg masih ade keluar lendir coklat tpi tidak bnyk & sehingga skrg masih tidak period. Perlu ke saya melakukan cuci rahim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini adalah perkara normal yang dihadapi setelah keguguran. Walaubagaimanapun, sekiranya puan menghadapi demam atau sakit pada bahagian rahim, puan perlu mendapatkan rawatan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.