
Sulit
4 tahun
Period tidak lambat
Keputihan juga banyak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan boleh disebabkan oleh perubahan fisiologi normal badan dan juga berpunca daripada sakit penyakit.
Antara sebab keputihan ini adalah:
Jangkitan bakteria, parasit dan yis
Ketidakseimbangan hormon
Gaya hidup yang tidak sihat
Masalah kesihatan- Pesakit kencing manis, menjalani kemoterapi, AIDS, barah darah ataupun leukemia juga terdedah kepada fenomena ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.