
Anonymous
6 tahun
Period tidak lancar hampir seminggu
Saya 22 tahun dan masih bujang. Sebelum ni period saya lancar setiap bulan cuma kadang-kadang permulaan period saya hanya keluar bila buang air kecil tapi untuk sehari atau dua sahaja dan akan keluar dengan lancar pada hari seterusnya. Cuma yang merungsingkan saya period yang sedang berlaku sekarang ini, bukan sehari atau dua keluar bila buang air kecil tetapi hampir seminggu. Saya tak pakai pad dan panties saya bersih tanpa sebarang darah. 3 tahun lepas saya pernah sengkak rahim sebab jatuh daripada katil double decker, tapi sudah lama insiden ini berlaku dan saya rasa itu bukan penyebabnya. Saya rungsing solat dan puasa saya sah atau tidak dan macam mana nak keluarkan period dengan lancar. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur. Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur. Antaranya:
- Tekanan emosi
- Kesibukan dalam aktiviti harian
- Terlibat dengan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal yang berat
- Mengalami masalah berat badan (berlebihan atau terlalu kurang)
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic Ovarian Syndrome
- Penggunaan alat atau pengambilan pil perancang kehamilan
- Masalah rahim, ovari atau cerviks
Untuk mengatahui punca dan merawat masalah anda, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.