Sulit
5 tahun
Period tidak menentu melebihi 4 bulan
Salam sejahtera…sy umur 25, belom berkahwin. mngalami masalah gangguan kitaran haid tidak menentu. Thn lpas sy bru dpt pnyakit gastrik. Lpas gastrik sy selalu ad masalah bkaitan dgn perut…contoh selalu sembelit. sakit ari2. sakit pinggang. period kadang2 on time kadang2 lewat. sudah 4 5 bulan period sy dtg tp tidak ikut masa yg betul (tak normal). 4 bln lepas period sy dtg 10 hb, bln strusnya lewat 5 hari, n bln seterusnya lewat lagi. bulan ini period sy tidak datang langsung. Period terakhir sy hari pertama dan kedua warna period sgt gelap. hitam mcm kicap. Apa yg perlu sy buat doc dan makanan apa yg sesuai utk sy amalkan buat masa skrang…terima kasih doc.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























