
Anonymous
5 tahun
Period tidak teraSalam, saya norin . Saya mempunyai masalah haid tidak teratur cycle saya 50-52 tiap bln, last period saya pd 13may19-20 may
Salam saya norin , saya ada masalah di mana haid tidak teratur, cycles yg lama 50-52 hari
Last period saya pd 13may selama 8hari dan pada 28 may saya turun spotting darah selama 4 hari dengan kondisi sangat sedikit(boleh di katakan pantyliner shj saya gunakan,sehingga 2 july belum di datangi haid, semalam 3july saya mendapati spotting bewarna coklat cair di pantyliner, hanya sekali dan selepas itu tiada sehingga harini, boleh saya tahu apakah saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.