Sulit
4 tahun
Period tidak teratur baru baru ini
saya perempuan 17 tahun dan period saya tidak teratur,saya pernah berjumpa doktor untuk bertanya menagapa period saya datang 3 atau 4 bulan sekali,selepas di check,saya okay cuma stress,sekarang period saya asyik datang selepas 2 minggu,mengapa ya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan berkenaan period yang tidak teratur yang melebihi dua bulan. Kami berharap penerangan selanjutnya ini dapat membantu puan.
Umumnya perubahan kitaran haid kurang lebih 30 hari seperti yang dinyatakan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyusuan atau kehamilan
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih khusus dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor secara atas talian agar kami boleh membantu puan dengan lebih terperinci.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar kesihatan wanita.


























