
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur & berpanjangan
Hi Dr,sy seorang wanita berumur 28 thn sudah berkahwin & pernah melahirkan anak.Sy tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan mslh yg sy hadapi saat ini.Sy mengalami period berpanjangan sejak 20 mei yg lalu sehingga 4 Jun ini.Selepas itu, darah mula berhenti dan sambung semula pd 16 Jun. Kalau period tu berhenti dan bersambung semula,sy sudah tidak tahu bagaimana hendak kira kitaran period itu sndri.bulan april yg lalu mmg sy ade jmpe Dr,setelah pemeriksaan dilakukan,Dr mengesahkan sy tiada mslh…hanya berkaitan hormon yg tidak stabil disbbkn suntikan perancang depo.sy juga kerap mengalami haid semula selepas bersama suami. Adakah ini kesan suntikan depo atau ada kaitan dgn mslh lain?.jika haid putus2 hari,perlukah sy kira juga sewaktu haid tidak keluar?walaupun masih dlm tempohnya lagi. Terima kasih kerana menjawab soalan sy.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda terkait
Umumnya kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, antaranya termasuk
- gaya hidup aktif
- kadar hormon yang tidak seimbang
- penggunaan ubat perancang keluarga
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun begitu, perdarahan yang berlaku setelah bersam suami atau kitaran haid tidak teratur yang berterusan atau bertambah parah, boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, seperti
- keradangan pelvis
- jangkitan kelamin
- polip atau fibroid rahim
- gangguan perdarahan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Pegawai khidmat pelanggan kami juga akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.