
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan sedikit.. Kencing sahaja keluar darah.. Masih menyusu baby.. Baru 4 bulan bersalin.. Pernah ada cyst before 2nd pregnancy.. Belum. Bersama suami lagi.. Adalah nirmal
Hye doktor… Sy surirumah berusia 29 thn… Mempunyai 2 org ank… Seorang lelaki dan seorang perempuan… Ank perempuan dilahirkan pd thun 2016… Secara normal, vacum… Berat 2.66kg… Pd bulan 12 2018… Doktor sahkan sy ada cycst berukuran 2cmx2cm…pd bulan 3 2019…sy pregnant 2nd child… Pd bulan 12…baby boy lahir secara nor. Al… Berat 2.3kg… Pd hari ke 40 lbh… Drah sy dh stop… Tp hari ke 60…drah kuar semamsa sy hendak kencing sahaja… Drah setitik bersama n lendir putih telur selama 3 hari dr tgh hari smpi ke 12 am… Pd 26hb 3…drah mcm tu jgak kuar selama 3 hari… Ada mild snggugut… Tp 28hb 3 dan 29hb 3…drah sama mcm tu jgak kuar tp 30hb smpi 3hb 4…sy dtg period… Pd 8hb 4…drah kuar setitik bersama dgn lendir putih telur… Tp 9hb 4…drah kuar dlm kuar setitik2 shja seperti drah period… Tp bila kencing shaja ada… Sy masih mnyusu bdan ank boy sy… Dan msih belum. Bersama n suami… Adakah itu normal… Atau perlu berjumpa dgn doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.