
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur dan sedikit
Saya wanita berusia 28tahun belum berkahwin mempunyai masaalah period tidak teratur sejak tahun lalu. 2Bulan sekali datang period, bila datang period darah coklat pekat dan sikiiiittttt sangat. Hanya berlaku selama 2hari sahaja. Apa yang patut saya lakukan? muka saya pun penuh jerawat naik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Jerawat adalah apabila liang kulit anda tersumbat dengan kulit mati dan minyak, yang membawa kepada pembiakan bakteria. Bagi membantu masalah ini, anda boleh:
- Cuci muka anda tidak lebih daripada dua kali sehari. Bilas wajah anda dengan air suam, bukan panas, dan gunakan pembersih yang bukan sabun dan lembut pada kulit. Menahan diri dari menggunakan sabun kasar dan menggosok wajah anda kerana itu memburukkan jerawat dan merosakkan kulit yang sihat.
- Jangan memicit atau memerah jerawat anda. Ini akan menjadikan jerawat anda lebih teruk dan menyebabkan kerosakan pada kulit di sekelilingnya dan boleh menyebabkan jangkitan.
- Elakkan produk muka berasaskan minyak, sama ada produk solekan atau produk kulit.
Jika anda mempunyai jerawat ringan, anda boleh mencuba ubat jerawat kaunter, jika tidak, dapatkan bantuan daripada doktor di mana dia akan menetapkan ubat-ubatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.