Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan selalu lewat
Saya wanita berumur 18 thun dan belum kahwin. Apa punca period sy tak teratur? Bulan ni sepatutnya awl bulan dh period tetapi smpai skrg belum lgi. Prnh prgi jumpa doc tetapi doc ckp cuma hormon.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah period yang tidak teratur dan selalu lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid yang terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- PCOS
Jika masalah anda masih berpanjangan, anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor ataupun doktor pakar kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























