Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan skip bulan
Saya wanita berumur 22 tahun. For the past 2 years, saya mengalami haid tidak teratur dimana haid akan langkaui bulan. Sebagai contoh, bulan Januari period dan period seterusnya dtg pada bulan Mei. Jarak bulan tidak konsisten 2-5 bulan namun saya tidak hamil. Oleh kerana PKP, saya tidak buat pemeriksaan namun saya berasa tidak selesa for the last week kerana telah buat aktiviti beban berat dan merasa agak sakit dibahagian bawah perut. Jadi saya telah buat pemeriksaan dan scan menunjukkan seperti ada cyst. Adakah saya masih boleh melaksanakan aktiviti² berat? Adakah ia akan menjejaskan cyst tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid tidak teratur dan scan yang menunjukkan seperti ada cyst. Saya akan cuba memberikan keterangan tentang perkara ini dengan baik.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Tekanan emosi, atau emosi yang tidak stabil
- Perubahan jadual hidup seperti jadual harian yang terlalu sibuk
- Kesan pengambilan pil perancang
- Masalah di dalam rahim seperti fibroid atau polip
- Polycystic ovarian syndrome
- Endometriosis
Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkenaan cyst yang sedang dialami untuk memberikan keterangan yang tepat. Anda disarankan untuk berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor.
Saya harap jawapan diatas memuaskan, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk perbicangan yang lebih terperinci, anda boleh melakukannya secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan



























