
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur kejap ada kejap tidak ada
saya wanita dalam umur 20 an period saya bermula mac 2020 jadi tidak stabil seperti 2 bulan tidak datang lepas tu bila datang pula jadi 20 hari datang period sampai bulan 10. selepas itu, period pada bulan november ini kejap ada kejap tidak ada dan darahnya sedikit sangat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Antara sebabnya adalah:
- Umur; kitaran haid boleh menjadi tidak teratur pada awal remaja dan ketika menghampiri menopaus
- Berat badan; berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Sindrom Polisistik Ovari (Polycystic ovarian syndrome/PCOS)
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Jadual aktiviti yang terlalu padat dan aktif
- Masalah penyakit kencing manis, tiroid juga boleh mengganggu kitaran haid anda
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.