Sulit
6 tahun
Period tidak teratur & kerap datang
saya berusia 33 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata seorang. Saya mmg mempunyai masalah period yg tidak teratur. bulan lepas sy period akhir bulan (sebelum tu 3 bulan x dtg period). Kemudian selang seminggu habis period pada awal bulan 9. sy period lagi dlm quantity yg sedikit dan warna coklat2 gelap selama seminggu. Tapi pada hari ini, genap seminggu selepas habis period lepas, darah period datang lagi. Normal ke? Perlu ke sy berjumpa dgn doc pakar? ini kali pertama sy alami. Sebelum nie sy selalu dtg period lewat. terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan haid tidak teratur yang anda alami boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari - seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Manakala pendarahan berwarna coklat yaang anda alami boleh disebabkan seperti pendarahan implantasi kehamilan, pendarahan ovulasi atau ketumbuhan fibroid/polip dalam rahim. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























