
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur pada pertama kali
Saya wanita berumur 21 tahun bujang dan berkerja , Untuk pertama kali haid saya tidak teratur last saya period pada 3/12/2019 dan sepatutnya period untuk bulan 1 adalah 3/1/2020 tapi sehingga pada harini 19/1/2020 period saya tak datang. Kawan saya syorkan untuk consume vitamin 1000mg 21st century ? Adakah itu bagus untuk melancarkan haid saya ? Atau ada ubat lain untuk melancarkan haid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk maklumat anda, vitamin C mempunyai pelbagai kebaikan sebagai mikro nutrien yang diperlukan di dalam badan. Namun, ianya tidak memberi banyak kesan terhadap kelancaran kitaran haid wanita. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.